Saturday, August 27, 2016

ADAKAH PELABURAN EMAS ZG PATUH SYARIAH?

Yang bertanya semestinya sudah tahu apakah yang dimaksudkan dengan patuh syariah. Jika yang bertanya ingin kenyataan dari individu atau ulama atau professor, mereka juga merujuk maklumat yang sama.

Berikut adalah Kajian Jakim terhadap Produk Pelaburan Emas Maybank dan Public Bank.

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Institusi-institusi Perbankan

Setelah meneliti serba sedikit berkaitan produk Akaun Pelaburan Emas serta menghubungi pihakPublic Bank Berhad dan Malayan Banking Berhad(Maybank) didapati beberapa perkara berikut:

i-          Produk ini terletak di bawah produk perbankan konvensional dan tidak patuh syariah (not comply with syariah).

ii-         Pihak  Bank tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut. Transaksi pelaburan emas pula hanyalah berdasarkan harga emas semasa dunia.  Ianya bercanggah dengan syarat jual beli emas  yang sah iaitu:

a)    Bank  atau penjual memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b)    Bank atau penjual memberikan bukti dan hak tasarruf (hak memiliki) kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya

by: Abdul Muhaimin  & Mohd Hafiz bin Asmani
http://abmuhaimin.blogspot.com/2011/09/pelaburan-emas-halal-atau-haram.html?m=1

Baik... Jika kita teliti betul-betul disini
ZG sudah menepati syarat sah dalam pelaburan emasnya.

a) Zenith Gold memang memiliki emas kerana ia adalah antara pengeluar emas dunia. Setiap emas yang dihasilkan sememangnya mempunyai Logo Rasmi Zenith Gold menunjukkan bahawa ia adalah pemilik emas yang sah.

B) Zenith Gold telah membuktikan bahawa pembeli/pelabur mendapat emas fizikal pure gold 99.99 beserta sijilnya dihantar ke alamat rumah melalui "courrier"/pos laju. Pelabur juga terbukti layak menuntut 'redeem' emasnya pada bila-bila masa melalui akaunnya apabila cukup jumlah atau nilai emas tersebut.

Oleh itu, ia tidak melanggar syarat pelaburan emas seperti yang telah digariskan oleh hukum syarak.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews